Spiga

: : Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

: :  Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu, 5 April 2008- Bersempena menyambut hari kelahiran insan teragung Nabi Muhammad S.A.W. pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah dengan sambutan yang bersedarhana bertepatan dengan Islam yang menyeru kita agar bersederhana dalam semua keadaan.

Majlis ini berlangsung selepas persembahan daripada syarikan MaFEO entreprenuer yang telah memenangi Konvensyen Program Usahawan Muda peringkat negeri.

Seorang pensyarah daripada Universiti Darul Iman yang berpengalaman luas dalam bidang agama telah dijemput oleh pihak pengurusan sekolah.Ustaz Syahrin ,telah menayangkan beberapa klip video yang berkenaan islam dan sambutan maulidur rasul dan ini berjaya menarik minat para pelajar untuk mendapatkan info-info yang berguna sebagai panduan perjalanan hidup seorang pelajar muslim

Sebelum berakhirnya program ini ,semua pelajar bangun dan mengalunkan dan menghayati selawat ke atas Rasullah S.A.W .Majlis ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

0 comments: