Spiga

: : Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

: :  Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

Pengasas SMKA Tok Jiring : : seorang ulama yang berjiwa kental menongkah arus dunia demi satu impian : :

Hampir seabad yang lalu,tiada sesiapun penduduk Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut menyangka seoarang bayi yang baru dilahirkan bakal menjadi seorang tokoh ulama yang terkenal di Terengganu mahupun di negara.Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Tokoh agama ini dilahirkan di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu. Lebih mesra dengan panggilan To' Guru Haji Abbas kerana alim dalam bidang ilmu Feqah yang merangkumi mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut, beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkah selama 8 tahun ketika usianya baru 14 tahun.
Tok Guru Haji Abbas

Dari Makkah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al- Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Selepas pulang ke tanah air, empat tahun kemudian beliau pergi semula ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama setahun pada 1938.

Berdasarkan catatan dalam ruangan Sejarah dan Tokoh Tempatan Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, To' Guru Haji Abbas memang terkenal dengan berpegang kepada prinsipnya iaitu hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredaan Allah.

Beliau membuktikan prinsip ilmu wajib dikembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang dinamakan Jamiah Diniah.

Bersama beberapa ulama lain, beliau membuka sebuah lagi pondok di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, seterusnya membuka Darul Adib Al-Khursani di Kuala Besut.

Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut saja, malah melewati sempadan Bukit Yong di Kelantan dengan membuka beberapa buah pondok mulai 1945.

Dari Kelantan, beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring hingga sekolah itu menjadi terkenal di Terengganu dan seluruh negara amnya.

Keistimewaan To’ Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkannya sebagai Tokoh Ulama dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada Tahun Hijrah 1409.

Pada 17 April 1989, Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, Datuk Paduka Mahkota Terengganu, (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Seorang bekas pelajar SMKA Tok Jiring, Ahmad Saiful Abdullah, berkata beliau bersama rakan sekolahnya sering mengadakan bacaan tahlil setiap tahun sempena memperingati jasa serta sumbangan pengasas sekolah mereka.

“Itulah saja tanda penghargaan kami kepada tokoh agama itu, iaitu mendoakan rohnya diberkati kerana jasanya terlalu besar dalam melahirkan generasi muda berilmu. Sewajarnya diadakan satu sesi penceritaan sumbangan To’ Guru Haji Abbas kepada pelajar di sekolah menjelang Maal Hijrah,” katanya.

Usaha murninya melihat ramai anak watan Terengganu menuntut ilmu melalui usaha menggalakkan pembelajaran agama berterusan sehingga ke akhir hayatnya selepas kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1997.

Berkat usahanya, seorang daripada 15 anaknya iaitu Abdul Aziz meneruskan kegiatan sekolah pondok sebagai kesinambungan mengembangkan pengajian Islam di Terengganu.

RHB-NST Spell-It-Right Challenge

KUALA TERENGGANU: It was a smooth run all the way for Salina Sayang Kamal Arifin that ended with her spelling "excrescence" correctly in the RHB-NST Spell-It-Right Challenge yesterday.
The winner of the Terengganu secondary school category walked away with RM2,000 and a desire to take home the RM6,000 top prize in the national championship in August.

Cramming up on "big" words in the dictionary over the past two days worked wonders for the Fifth-Former from Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

"I am delighted to have been given the opportunity to take part in this competition," she said.

The 17-year-old had to face a stiff challenge from contestants in the final round which went into a three way tie-breaker involving Wan Ahmad Luqman Wan Abdullah of SMK Agama Shekh Abdul Malek and Mohd Aiman Mohd Hassan Hilmi of SM Imtiaz Dungun.
Wan Ahmad Luqman, also 17, who was first runner-up, went home with RM1,500 while second runner-up Mohd Aiman won RM1,000.

Luqman said he had forgotten the spelling of the word "burgeoning" even though it was one of the words on his study list.

"I simply forgot it on stage as I was looking at the crowd."

Mohd Aiman said it was exciting being one of the 68 contestants in the challenge.

Salina's English teacher, Mahiran Mohd Noor, was exhilarated by the fact that one of her students had become the top speller in the state.

"I am also excited that our school finished third in the schools category," she said.

Sisters Nadia and Nashira Ashari, both 16, were delighted to help their school, SMK Agama Tok Jiring, clinch top placing in the state school title.

Nadia said it was great having her younger sister in the same team as they had always worked well together and this competition was no exception.

Their English teacher, Wan Hanizah Wan Halim, said the four-member team did well to beat others in the school-level qualifying rounds.

The winners received their prizes from Kuala Terengganu RHB Islamic Bank Marketing Centre marketing manager Wan Maznah Wan Yusof and New Sunday Times associate editor

Lawatan Pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu

Selasal, 22 April 2008- Rombongan 15 pengawai daripada Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring untuk membuat pemantaun.

Antara ahli rombongan tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terangganu dan beberapa pegawai tertinggi peringkat jabatan yang lain.

Antara tujuan Lawatan ini adalah untuk memantau perkembangan sistem pendidikan sekolah ini dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah. Hasil lawatan rombongan tersebut menyaksikan sekolah kita dipuji untuk sesetengah aspek dan ada juga kritikan yang membina bagi aspek yang lain.

Pertandingan Kawad Kaki 2008

Selasa,25 Mac 2008- Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Pertandingan ini berlangsung di dua venue iaitu Dataran Fikrah untuk pelajar putera dan Dataran Aspura untuk pelajar puteri. Setiap pasukan beruniform iaitu Persatuan Kadet Bomba, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Kadet Polis,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menghantar platun masing-masing dalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadili oleh berapa orang guru yang sememangnya mahir dalam pengadilan kawad kaki dan mempunyai mutu pengadilan yang tinggi.

Hujan reyai-reyai yang turun tidak langsung mematahkan semangat para peserta kawad kaki untuk menyertai pertandingan ini.Sebelum pertandingan ini djalankan ,semua pelajar di beri taklimat dan kata perangsang daripada Penolong Kanan Ko-kurikuluk Encik Kamarulzaman dan Ustaz Syed .

Pertandingan ini dijalankan bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.Selepas pertandingan berakhir, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing bagi meneruskan jadual pembelajaran seperti biasa. Acara pertandingan kawad kaki seperti ini amat penting untuk dilaksanakan di setiap sekolah. Selain dapat menyumbang markah dalam rekod kokurikulum pelajar yang mengambil bahagian, acara ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar bagi memastikan kemantapan persembahan mereka.

keputusan pertandingan kawad kaki adalah seperti berikut

::lelaki::
tempat pertama : Persatuan Kadet Bersatu Malaysia
tempat kedua : Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
tempat ketiga : Kadet Remaja Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu, 5 April 2008- Bersempena menyambut hari kelahiran insan teragung Nabi Muhammad S.A.W. pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah dengan sambutan yang bersedarhana bertepatan dengan Islam yang menyeru kita agar bersederhana dalam semua keadaan.

Majlis ini berlangsung selepas persembahan daripada syarikan MaFEO entreprenuer yang telah memenangi Konvensyen Program Usahawan Muda peringkat negeri.

Seorang pensyarah daripada Universiti Darul Iman yang berpengalaman luas dalam bidang agama telah dijemput oleh pihak pengurusan sekolah.Ustaz Syahrin ,telah menayangkan beberapa klip video yang berkenaan islam dan sambutan maulidur rasul dan ini berjaya menarik minat para pelajar untuk mendapatkan info-info yang berguna sebagai panduan perjalanan hidup seorang pelajar muslim

Sebelum berakhirnya program ini ,semua pelajar bangun dan mengalunkan dan menghayati selawat ke atas Rasullah S.A.W .Majlis ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Watikah pelantikan pemimpin pelajar 2008

Rabu,9 April 2008-Barisan Majlis Pemimpin Pelajar,Pengawas Pusat Sumber dan Pebimbing Rakan Sebaya telah bersedia di Dataran Fikrah untuk Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar bagi sesi 2008.

Antara jemputan khas yang hadir pada majlis ini adalah Pegawai Pemerintah Batalion Sembilan, Pasukan Gerakan Am Gong Badak, Kuala Terengganu iaitu Yang Berbahagia Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff, Yang Berusaha Tuan Haji Mustafa Abdul Rahman mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan juga Yang Berusaha Prof IR Ahmad Jusoh merangkap Yang Dipertua PIBG SMKA Tok Jiring,

Majlis ini dimulakan dengan acara perbarisan yang disertai oleh 61 orang pemimpin murid mewakili ketiga-tiga badan kepimpinan di SMKA Tok Jiring .Yang berbahagia Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff telah memulakan majlis ini dengan memeriksa barisan di Dataran Fikrah.

Majlis dimulakan di dalam Dewan Abbas dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pemimpin Pelajar SMKA Tok Jiring 2008, Ahmad Muzamil Mohamad diikuti ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKA Tok Jiring, Puan Hajah Zakiah binti Salleh dan diikuti oleh ucapan Yang Berusaha Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff. Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, acara penyampaian watikah perlantikan kepada pemimpin-pemimpin murid dimulakan. Acara penyampaian oleh Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff ini dimulai dengan penyampaian watikah perlantikan kepada seramai 71 orang Ahli Majlis Pemimpin Pelajar bukan asrama, 48 orang Ahli Majlis Pemimpin Pelajar asrama, 82 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan diikuti dengan 63 orang Pembimbing Rakan Sebaya. Selepas itu, ahli Majlis Pemimpin Pelajar iaitu Mohd Izzat Ismail mengetuai bacaan ikrar kepada semua barisan pemimpin-pemimpin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Majlis ini berakhir dengan jamuan makan kepada barisan pemimpin-pemimpin murid dan juga selepas acara penggambaran kira-kira pada pukul 10.00 pagi.

MaFEO entreprenuer :: berjaya mewakili Terengganu di peringkat nasional::

syarikat MaFEO entreprenuer berjaya mewakili Terengganu apabila telah membolot hampir semua kategori yang dipertandingkan,Syarikat yang ini diwakili oleh 5 orang ahli lembaga pengarah dan seorang pembantu multimedia.

Antara kategori yang dimenangi ialah
:: Pengurus terbaik - tempat pertama
:: Buku Laporan Syarikat terbaik - tempat pertama
:: Syarikat Terbaik - tempat pertama
:: Persembahan terbaik - tempat pertama
:: Produk Terbaik - saguhati
:: Perkhidmatan Terbaik - saguhati

Persembahan mantap daripada 5 orang ahli lembaga pengarah dan di ikuti pembentangan yang mengikut kretiria yang di tetapkan telah menjamin kemenangan syarikat ini.

Berbekalkan sekali melangkah terus melangkah,Pengarah Pentadbiran Al-Mustaqim Omar telah berjaya membuang segala debaran umtuk memberi persembahan yang mantap seterusnya memberi semangat kepada Ahll Lembaga Pengarah yang lian.

Syarikat ini akan mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan pada 23-27 Mei 2008 di Selangor