Spiga

: : Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

: :  Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

Watikah pelantikan pemimpin pelajar 2008



Rabu,9 April 2008-Barisan Majlis Pemimpin Pelajar,Pengawas Pusat Sumber dan Pebimbing Rakan Sebaya telah bersedia di Dataran Fikrah untuk Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar bagi sesi 2008.

Antara jemputan khas yang hadir pada majlis ini adalah Pegawai Pemerintah Batalion Sembilan, Pasukan Gerakan Am Gong Badak, Kuala Terengganu iaitu Yang Berbahagia Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff, Yang Berusaha Tuan Haji Mustafa Abdul Rahman mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan juga Yang Berusaha Prof IR Ahmad Jusoh merangkap Yang Dipertua PIBG SMKA Tok Jiring,

Majlis ini dimulakan dengan acara perbarisan yang disertai oleh 61 orang pemimpin murid mewakili ketiga-tiga badan kepimpinan di SMKA Tok Jiring .Yang berbahagia Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff telah memulakan majlis ini dengan memeriksa barisan di Dataran Fikrah.

Majlis dimulakan di dalam Dewan Abbas dengan nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pemimpin Pelajar SMKA Tok Jiring 2008, Ahmad Muzamil Mohamad diikuti ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMKA Tok Jiring, Puan Hajah Zakiah binti Salleh dan diikuti oleh ucapan Yang Berusaha Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff. Sebaik sahaja selesai ucapan beliau, acara penyampaian watikah perlantikan kepada pemimpin-pemimpin murid dimulakan. Acara penyampaian oleh Tuan Supt Kamaruddin bin Yusoff ini dimulai dengan penyampaian watikah perlantikan kepada seramai 71 orang Ahli Majlis Pemimpin Pelajar bukan asrama, 48 orang Ahli Majlis Pemimpin Pelajar asrama, 82 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan diikuti dengan 63 orang Pembimbing Rakan Sebaya. Selepas itu, ahli Majlis Pemimpin Pelajar iaitu Mohd Izzat Ismail mengetuai bacaan ikrar kepada semua barisan pemimpin-pemimpin murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Majlis ini berakhir dengan jamuan makan kepada barisan pemimpin-pemimpin murid dan juga selepas acara penggambaran kira-kira pada pukul 10.00 pagi.

0 comments: