Spiga

: : Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

: :  Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

Pertandingan Kawad Kaki 2008

Selasa,25 Mac 2008- Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Pertandingan ini berlangsung di dua venue iaitu Dataran Fikrah untuk pelajar putera dan Dataran Aspura untuk pelajar puteri. Setiap pasukan beruniform iaitu Persatuan Kadet Bomba, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Kadet Polis,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menghantar platun masing-masing dalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadili oleh berapa orang guru yang sememangnya mahir dalam pengadilan kawad kaki dan mempunyai mutu pengadilan yang tinggi.

Hujan reyai-reyai yang turun tidak langsung mematahkan semangat para peserta kawad kaki untuk menyertai pertandingan ini.Sebelum pertandingan ini djalankan ,semua pelajar di beri taklimat dan kata perangsang daripada Penolong Kanan Ko-kurikuluk Encik Kamarulzaman dan Ustaz Syed .

Pertandingan ini dijalankan bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.Selepas pertandingan berakhir, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing bagi meneruskan jadual pembelajaran seperti biasa. Acara pertandingan kawad kaki seperti ini amat penting untuk dilaksanakan di setiap sekolah. Selain dapat menyumbang markah dalam rekod kokurikulum pelajar yang mengambil bahagian, acara ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar bagi memastikan kemantapan persembahan mereka.

keputusan pertandingan kawad kaki adalah seperti berikut

::lelaki::
tempat pertama : Persatuan Kadet Bersatu Malaysia
tempat kedua : Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
tempat ketiga : Kadet Remaja Sekolah

0 comments: