Spiga

: : Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

: :  Ahlan Wasahlan | Selamat Datang : :

Pengasas SMKA Tok Jiring : : seorang ulama yang berjiwa kental menongkah arus dunia demi satu impian : :

Hampir seabad yang lalu,tiada sesiapun penduduk Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut menyangka seoarang bayi yang baru dilahirkan bakal menjadi seorang tokoh ulama yang terkenal di Terengganu mahupun di negara.Lebih mesra dengan panggilan To’ Guru Haji Abbas kerana kealiman yang diakui umum khususnya dalam bidang ilmu feqah yang merangkumi 4 mazhab iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Tokoh agama ini dilahirkan di Kampung Bukit Puteri, Kuala Besut hampir seabad yang lalu. Lebih mesra dengan panggilan To' Guru Haji Abbas kerana alim dalam bidang ilmu Feqah yang merangkumi mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali menerusi gerakan pendidikan pondok.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mohd bin Haji Hussein, Kuala Besut, beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkah selama 8 tahun ketika usianya baru 14 tahun.
Tok Guru Haji Abbas

Dari Makkah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al- Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Selepas pulang ke tanah air, empat tahun kemudian beliau pergi semula ke Benua Kecil Hindi meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Dioband selama setahun pada 1938.

Berdasarkan catatan dalam ruangan Sejarah dan Tokoh Tempatan Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, To' Guru Haji Abbas memang terkenal dengan berpegang kepada prinsipnya iaitu hidup mesti beramal, berbakti dan berkorban demi mencapai keredaan Allah.

Beliau membuktikan prinsip ilmu wajib dikembangkan demi kesejahteraan umat seluruhnya dengan mengasaskan sebuah pondok di kampung kelahirannya yang dinamakan Jamiah Diniah.

Bersama beberapa ulama lain, beliau membuka sebuah lagi pondok di Kampung Raja, Besut iaitu Madrasah Nurul Ittifaq, seterusnya membuka Darul Adib Al-Khursani di Kuala Besut.

Gerakan pendidikan dan dakwah tokoh ini tidak terhad di kawasan Besut saja, malah melewati sempadan Bukit Yong di Kelantan dengan membuka beberapa buah pondok mulai 1945.

Dari Kelantan, beliau berhijrah ke Kuala Terengganu mengasaskan pondok Tok Jiring hingga sekolah itu menjadi terkenal di Terengganu dan seluruh negara amnya.

Keistimewaan To’ Guru Haji Abbas juga terserlah melalui beberapa hasil karya ilmiah dalam bidang keagamaan. Atas segala bakti itu Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkannya sebagai Tokoh Ulama dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada Tahun Hijrah 1409.

Pada 17 April 1989, Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu, Datuk Paduka Mahkota Terengganu, (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Seorang bekas pelajar SMKA Tok Jiring, Ahmad Saiful Abdullah, berkata beliau bersama rakan sekolahnya sering mengadakan bacaan tahlil setiap tahun sempena memperingati jasa serta sumbangan pengasas sekolah mereka.

“Itulah saja tanda penghargaan kami kepada tokoh agama itu, iaitu mendoakan rohnya diberkati kerana jasanya terlalu besar dalam melahirkan generasi muda berilmu. Sewajarnya diadakan satu sesi penceritaan sumbangan To’ Guru Haji Abbas kepada pelajar di sekolah menjelang Maal Hijrah,” katanya.

Usaha murninya melihat ramai anak watan Terengganu menuntut ilmu melalui usaha menggalakkan pembelajaran agama berterusan sehingga ke akhir hayatnya selepas kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 1997.

Berkat usahanya, seorang daripada 15 anaknya iaitu Abdul Aziz meneruskan kegiatan sekolah pondok sebagai kesinambungan mengembangkan pengajian Islam di Terengganu.

0 comments: